Nuffnang Ads II

Wednesday, December 22, 2010

Panduan membeli (memilih) tali gitar

Perkara yang selalunya tak dititik berat dalam penjagaan gitar adalah dari segi pemilihan tali gitar (guitar strings) itu sendiri. Ramai yang tidak menyedari bahawa jenis string AMAT mempengaruhi kekuatan bunyi gitar dan kelancaran jari guitarist. Cuma masalah di antara kita, bagaimana untuk mengetahui apa jenis tali gitar yang sesuai untuk gitar kita? Untuk sesi tutorial/panduan ringkas kali ini aku senaraikan 4 faktor yang perlu diambil kira, serta langkah-langkah atau tips untuk memudahkan korang pilih tali gitar yang sesuai. Ini hanyalah sebagai rujukan berdasarkan pengalaman sendiri dan tidak semestinya cara yang terbaik. “Trial and error” adalah cara terbaik untuk mengenal pasti jenis tali yang paling sesuai untuk gitar anda.

Jenis tali gitar – Elektrik, Akustik atau Klasik



  Seperti yang aku pernah nyatakan dalam Panduan membeli (memilih) gitar, ada 3 kategori utama gitar iaitu gitar elektrik, gitar folk akustik dan gitar klasik (Gitar klasik juga adalah sebenarnya termasuk dalam kategori akustik, tetapi sengaja diasingkan). 3 jenis gitar ini PALING SESUAI dimainkan dengan tali gitar yang dibuat khas untuk kegunaan gitar itu. Bermakna secara amnya, ada 3 jenis tali gitar yang utama iaitu tali gitar elektrik tali gitar folk/akustik dan tali gitar klasik. Jenis-jenis tali ini ada ditulis pada kotak/paket tali. Pastikan anda beli/pilih set tali yang betul.



Bahan (Material) tali gitar


Tali untuk gitar elektrik dibuat dari stainless steel dan nickel. Tali jenis ini dapat “dibaca” oleh electromagnetic pickups. Stainless steel menghasilkan bunyi yang sharp dan terang. Nickel plated (Stainless steel disalut nickel) pula selalu menjadi pilihan utama lead guitarist sebab tali jenis ini lebih tahan lama dan mudah dimainkan kerana permukaan tali yang licin. Cuma bunyi yang dihasilkan tidak sekuat steel.


Tali untuk gitar akustik dibuat dari bronze, steel atau nylon. Phosphor Bronze selalu menjadi pilihan kerana boleh mengasilkan bunyi yang lebih “warm” dan tahan lebih tahan lama dari bronze. Pikap untuk gitar semi acoustic selalunya dari jenis “transducer pickups” dan ada juga yang menggunakan kombinasi transducer dan elektromagnetik. Bunyi gitar dibaca oleh pikap dari getaran oleh body gitar.

Tali nylon pula sesuai untuk dimainkan dengan gitar klasik. Diameter talinya agak tebal, tetapi lebih lembut (soft) dan sebab itulah gitar klasik sesuai untuk dimainkan oleh beginner.
 

Gauge

Anda mungkin pernah dengar perkataan “gauge” semasa membeli tali gitar. Apa itu gauge? Gauge adalah diameter tali. Di bawah ini aku senaraikan gauge biasa untuk tali gitar di pasaran. (Aku mengambil contoh dari jenama tali gitar paling popular, D’addario)
Untuk gitar elektrik;
EXL110 REGULAR LIGHT : 0.010 – 0.046 in
EXL120 SUPER LIGHT : 0.009 – 0.042 in
EXL117 MEDIUM TOP / EXTRA HEAVY BOTTOM : 0.011 – 0.056 in
Untuk gitar akustik;
EJ10 EXTRA LIGHT : 0.010 – 0.042 in
EJ12 MEDIUM : 0.012 – 0.056 in
EJ18 HEAVY : 0.014 – 0.059 in
Untuk gitar klasik;
EJ45 PRO ARTE NORMAL TENSION : 0.028, 0.0322, 0.040, 0.029, 0.035, 0.043
Kenapa pulak ada diameter yang berbeza-beza walau pun untuk talis jenis gitar yang sama? Ini untuk menghasilkan tone dan kekuatan bunyi yang berbeza serta variasi ketegangan (tension) tali gitar. Tali gitar jenis “Light Gauge” mempunyai tension yang kecil, dan bunyi yang dihasilkan lebih perlahan. Tali gitar jenis “Heavy Gauge” pula boleh menghasilkan bunyi yang kuat dan dinamik, tetapi hasil dari tegangan tali yang kuat boleh menyebabkan leher gitar membengkok sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang lama. Sebab itu gitaris professional yang menggunakan medium atau heavy gauge sentiasa mengendurkan tali gitar mereka sekiranya tidak digunakan.

Harga

Walaupun tidak semua, banyak tali gitar yang dijual berasaskan “open price” oleh pembuat string. Sebab itu variasi harga tali gitar agak berbeza walaupun dalam kawasan yang sama. Jika berpeluang bandingkan harga tali gitar di kedai-kedai di kawasan anda. Kalau membeli gitar dalam kuantiti yang banyak, beli dari internet lebih murah, mudah dan variasi pilihan yang banyak.

Selain membeli set lengkap tali gitar, aku syorkan beli tali gitar asing tambahan untuk tali kritikal yang mudah putus seperti tali #1, #2 dan #3. Antara tali kegemaran aku adalah Elixir Phosphor Bronze. Walaupun harganya agak mahal, tapi tali ini tahan 3x lebih lama dari tali gitar jenama lain, bunyi dan tone yang bright dan warm, serta sangat mudah dimainkan.
Berapa kerap pula harus kita menukar tali gitar? Bergantung. Selalunya setiap 4-5 minggu. Lebih kerap lebih baik. Dan ingat juga bahawa AMAT BERBAHAYA untuk main gitar yang talinya sudah berkarat. Tali yang lama juga boleh merosakkan fret gitar dan silap haribulan anda terpaksa “refretting” untuk membetulkan fret yang rosak atau terkikis. Banyak juga visitor zairul.com yang bertanya, “Kenapa bunyi gitar saya sumbang?”. Punca sumbang selalunya 10% disebabkan oleh gitar, 60% disebabkan salah tune dan 30% kerana masalah tali yang usang.
Apa pula tali kegemaran anda?

 


 

3 comments:

  1. Terima kasih kongsi ilmu!! Tgh survey string baru ni hehe

    ReplyDelete
  2. Boleh ke gitar klasik/kapok pakai tali akustik..maksudnya tak pakai tali nylon

    ReplyDelete

Type-It