Di tengah kesibukan kota dengan kenderaan pelbagai saiz bertali arus, terselit sekumpulan penunggang basikal yang selesa menggunakan kenderaan dua roda itu untuk bergerak ke mana-mana.
Dengan menggunakan basikal berwarna-warni, kelibat mereka menarik perhatian bukan saja pengguna jalan raya, malah orang sekeliling.
Lebih menarik, mereka bukan menggunakan basikal biasa, sebaliknya jenis 'fixed gear' yang tidak mempunyai brek.
Mengikut sejarahnya, basikal itu dulunya ditunggang untuk perlumbaan di velodrome, namun diguna secara meluas oleh golongan penghantar surat (messenger) di Amerika Syarikat.
Penggunaan basikal 'fixed gear' ini semakin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini. Mereka tidak hanya memperoleh keseronokan berbasikal secara berkumpulan, aktiviti ini secara tidak langsung seakan-akan satu senaman.
Jika dilihat di negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun dan China, berbasikal menjadi sebahagian daripada budaya mereka, namun di negara kita ia jarang dilihat. Apabila dinilai kembali, aktiviti basikal tidak memerlukan kos tinggi kerana penunggang hanya perlu memberi perhatian kepada tayar. Basikal ini ada dua jenis iaitu 'freestyle' dan 'mash' yang mana perbezaannya dapat dilihat dengan ketara menerusi saiz tayarnya.
tgk dri segi perbezaan rupa bentuk!!! |
'freestyle' lebih sesuai digunakan untuk melakukan pelbagai aksi atau 'trick' dan menggunakan tayar lebih besar daripada biasa. Jenis 'mash' pula lazimnya digunakan untuk melakukan perjalanan jauh kerana ia lebih fleksibel dan ringan. Jenis 'mash' pula lazimnya digunakan untuk melakukan perjalanan jauh kerana ia lebih fleksibel dan ringan.
Apabila diberitahu basikal ini tidak mempunyai brek, pasti ramai tertanya-tanya bagaimana penunggang memberhentikannya. 'suis' utamanya terletak pada pedal pengayuh kerana ia berfungsi mengawal kelajuan, termasuk memberhentikan basikal. 'suis' utamanya terletak pada pedal pengayuh kerana ia berfungsi mengawal kelajuan, termasuk memberhentikan basikal. "Pengendalian basikal ini lebih mencabar kerana ia memerlukan teknik 'pull and push', di mana kedua-dua pedal perlu diseimbangkan untuk berhenti. "Selain itu, ia memerlukan tenaga lebih berbanding menunggang basikal biasa kerana kaki tidak sempat 'berehat', sebaliknya penunggang perlu sentiasa mengayuh bagi menggerakkannya".
Jika dihitung risiko dan bahaya menunggang basikal di jalan raya yang sibuk @ di bandar raya, ia ada di mana-mana dan semua terdedah kepada risiko yg sama. Sebagai pengguna, mereka berhak diberi peluang sama rata untuk menggunakan kemudahan jalan raya. Memang tidak dapat dinafikan sesetengah pengguna jalan raya lain seakan-akan menutup sebelah mata mengenai kehadiran penunggang basikal hinggakan adakalanya memandu kenderaan secara berbahaya dan mengancam keselamatan penunggang basikal.
Aktiviti berbasikal ini bukan hanya untuk keseronokan semata-mata, tetapi ia juga satu cara beriadah dan untuk kekal sihat. Untuk memiliki sebuah basikal tidak memerlukan kos tinggi kerana ia boleh dibeli sekitar harga RM900 hingga RM1,700 bergantung pada jenis dan kualiti basikal. Paling murah RM380...
hav fun!!! |
rupa bentuk yg aku idam2kan...maybe handlaber bkn sebegitu rupa!!! |
No comments:
Post a Comment